Wednesday, March 25, 2009

PENUTUPAN JALAN SEMPENA HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P059 BUKIT GANTANG

Adalah dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia akan mengadakan penutupan jalan sepanjang proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen P059 Bukit Gantang mulai 28 Mac 2009 jam 12.00 malam hingga 29 Mac 2009 jam 1.00 petang / sehingga proses penamaan calon selesai.

Antara jalan-jalan yang terlibat adalah:
Jalan Sultan Mansur
Jalan Kota
Jalan Taming Sari
Jalan Temenggong
Jalan Berek

Orang ramai juga dilarang meletak kenderaan di sepanjang jalan yang dimaksudkan. Kerjasama orang ramai adalah amat dihargai bagi melancarkan proses penamaan calon tersebut.


HARAP MAKLUM

No comments: