

Jabatan Penerangan Malaysia telah menubuhkan Pusat Media Pilihan Raya bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang P059.
Penubuhan Pusat Media ini berikutan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil bagi Kawasan Parlimen Bukit Gantang di negeri Perak Darul Ridzuan pada 7 April 2009.
Tujuan Pusat Media Pilihan raya ini ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi perhubungan dan pengurusan media serta memberikan kemudahan kepada petugas-petugas media massa yang ingin membuat liputan sepanjang Pilihan raya Kecil ini berlangsung bermula dari 23 Mac 2009 hingga 8 April 2009.
Sebagai maklumat lanjut berkenaan Pusat Media Pilihan raya ini adalah seperti berikut:
Tempat : Bilik Sapphire, SSL Traders Hotel Sdn Bhd,
No.43, Jalan Medan Perwira Satu, Medan Perwira,
Kamunting, Taiping Perak
Tarikh : 23 Mac 2009 hingga 8 April 2009
Masa Operasi : 08.00 pagi - 2.00 pagi
Nombor perhubungan : Tel - 05 805 9466
Tel - 05 805 9468
Faks - 05 805 9249
Pusat Media Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang ini menyediakan kemudahan ruang berkerja yang selesa, ruang Sidang Media, komputer, wi-fi, telefon dan faksmili untuk kegunaan petugas-petugas media massa.
Sebagai makluman kepada semua Setiausaha Akhbar kepada Menteri, Timbalan Menteri yang akan membuat lawatan atau mempunyai aktiviti sempena Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang P056 boleh berhubung dengan Urus setia Pusat Media Pilihan raya supaya urus setia Pusat Media boleh membuat hebahan kepada semua petugas media massa yang membuat liputan Pilihan raya di sini.

2 comments:
Kami di Bukit Selambau irut mendoakan kemenangan Bukit Gantang.
15 calon...GEMPAK Bukit Selambau...
Post a Comment